Disangkakan kereta yang dimasukinya adalah Grabcar, seorang lelaki dengan yakin terus mengangkat bagasi ke bahagian tempat duduk belakang.
Namun, rupa-rupanya kereta tersebut adalah milik penyanyi terkenal Sufian Suhaimi yang hanya parking sementara menunggu call time! Adui berdekah kami gelak! Malu beb!
Confident buka pintu
Tiba awal satu jam ke lokasi, Sufian Suhaimi mengambil keputusan menunggu di dalam kereta sambil bermain telefon sahaja namun tiba-tiba pintu keretanya dibuka dan seorang lelaki terus memasukkan barang dengan yakin.
Di ruangan komen, rata-rata terhibur dan dapat merasakan perasaan ‘malu’ individu tersebut. Nasib baik Sufian Suhaimi, kalau Azwan Ali?
Siap masukkan beg
Nasib baik Sufian Suhaimi
Ramai pernah alami
Oh rupa-rupanya ramai yang pernah mengalami pengalaman tersalah masuk kereta ni. Hahaha! Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini seeloknya penumpang periksa dahulu no plate kereta sebelum masuk. Betul tak?
Sumber : Sufian Suhaimi
HALAMAN SELANJUTNYA: